-->

ABC alif ba ta duniaku :)

Labels

  • EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
  • TENTANG KAMI :)

Friday, 15 March 2013

AKTIVITI TIGA : SUBURI JIWA

OBJEKTIF:
1. UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN MURID DALAM MELAKSANAKAN SESUATU TUGASAN


CARA MELAKSANAKAN:

1 GURU AKAN MENYUSUN SENARAI NAMA MURID YANG BERTUGAS UNTUK MEMBERIKAN PENGISIAN PADA SETIAP PAGI.
2 PENGISIAN HENDAKLAH BERDASARKAN TEMA YANG DIBERIKAN PADA MINGGU TERSEBUT DAN MASA YANG DIBERIKAN SELAMA 2 HINGGA 3 MINIT.
3 SETIAP PAGI SEBELUM  MEMULAKAN P & P MURID YANG BERTUGAS AKAN MENYAMPAIKAN PENGISIAN BERDASARKAN TEMA YANG DIBERI.
SEBAGAI CONTOH: ALI MENYAMPAIKAN PENGISIAN YANG BERTAJUK 'BAGAI AUR DENGAN TEBING' PENGISIAN TERSEBUT BOLEH TERDIRI DARIPADA PERIBAHASA KATA-KATA HIKMAH DAN SEBAGAINYA.

KEISTIMEWAANNYA:

1 MURID MENJADI LEBIH YAKIN UNTUK TAMPIL KE HADAPAN KELAS
2 MENIMBULKAN RASA TANGGUNGJAWAB DALAM DIRI MURID TERHADAP TUGASAN YANG DIAMANAHKAN.

Posted by Unknown at 01:35 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

AKTIVITI DUA : KING & QUEEN COMEL


KING & QUEEN COMEL

1 Guru menyenaraikan tingkahlaku yang diingini di board yang disediakan.
2 Murid dikehendaki mengikuti tingkah laku yang diingini.
3 Guru akan membuat penilaian dan pemerhatian pada tingkah laku selama semiggu (Isnin sehingga Jumaat)
4 Pada hari Jumaat, dua orang murid [lelaki dan perepmpuan] yang menunjukkan tingkah laku yang positif akan diberi pin ‘badge comel’.

5 Murid tersebut dijadikan ikon dan saingan untuk menjadikan diri mengikuti tingkah laku yang baik dan berdisiplin.




Posted by Unknown at 01:23 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

AKTIVITI 1 : 1 MURID 1 POKOK :)

Assalamualaikum. Haii !

Entry kali ni kami nak share tentang satu aktiviti @ program yang boleh dilakukan oleh guru- guru bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah :)

Kami perkenalkan aktiviti :


"1 MURID 1 POKOK"



Apa itu 1 murid 1 pokok??

Guru akan menyediakan sebuah pasu dan biji benih bagi setiap murid di dalam kelas. Murid- murid diminta menanam sendiri biji benih dan akan dipertanggungjawabkan untuk menjaga benih pokok sehingga tumbuh. Keperluan asas seperti air, cahaya dan baja juga di bawah penyeliaan murid itu sendiri. Setelah menanam biji benih, pasu boleh diletakkan di dalam kawasan kelas mengikut kreativiti masing- masing.

OBJEKTIF

  • Memupuk sikap tanggungjawab dalam diri murid- murid.
  • Memupuk disiplin murid- murid dengan memberi baja, air secukupnya.
  • Mewujudkan suasana harmoni dan ceria di dalam kelas.
  • Melahirkan semangat cintakan alam sekitar.
  • Menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
2 in 1 la ni. Cantik luar dalam bilik darjah kan? See you guys on the next post :)


Posted by Unknown at 01:11 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Sunday, 10 March 2013

Tugasan Projek EDU 3104 : Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku

"ish ish... apa nak jadi dengan kelas ni", keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra. "Murid- murid, sila duduk di tempat masing- masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid- murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid- murid yang masih leka dengan hal masing- masing.



 Penghasilan Blog Pengajaran 

Anda adalah salah seorang AJK Disiplin Bilik Darjah di sebuah sekolah di Hulu Tembeling, tempat Cikgu Daniel mengajar. Dalam kumpulan bertiga, bina satu blog berkaitan pengurusan bilik darjah berkesan. Berdasarkan senario di atas, bina tiga (3) aktiviti untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. Aktiviti ini hendaklah dimuat naik ke dalam blog secara berasingan. Setiap aktiviti yang dimuat naik hendaklah mendapat komen membina dari pelajar lain.

Apa ya 3 aktiviti- aktivitinya???
# Tugasan membawa markah sebanyak 40%. do support us okayh :DD

Posted by Unknown at 05:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: EDU 3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

Saturday, 2 March 2013

First post ! yee haaa :D



ASSALAMUALAIKUM :)


Firstly, blog ini dihasilkan sebagai satu tugasan projek untuk subjek EDU 3104 : Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Seriously, kami zero dalam nak buat blog ni. Blog ini merupakan first blog kami. Ehh, sape kami ni ye? So, sekarang kami nak perkenalkan diri kami. Hiii. Cam gedik kan? Kami ialah GPG  :)


Apa tuu GPG? Tengok nama blog kami laaa :) GengPerempuanGenius.blogspot.com. GPG laaa tu :) Aminnn. Sape tak nak jadi genius kan?
GPG terdiri daripada Hasziera, Siti Nur Liyana dan Nurulamiirah.

 Memangdangkan blog ini merupakan percubaan pertama kami, kami dengan sedaya upaya akan mencuba untuk belajar dengan lebih baik. InsyaAllah :) See you guys on the next post okayh !



Posted by Unknown at 00:07 10 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: TENTANG KAMI :)
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

bismillah :)


Islamic Calendar


Blog Archive

  • ▼  2013 (5)
    • ▼  March (5)
      • AKTIVITI TIGA : SUBURI JIWA
      • AKTIVITI DUA : KING & QUEEN COMEL
      • AKTIVITI 1 : 1 MURID 1 POKOK :)
      • Tugasan Projek EDU 3104 : Pengurusan Bilik Darjah ...
      • First post ! yee haaa :D





Cute Onion Club - Onion Head

Followers :)

sahabat sampai syurga :)

sahabat sampai syurga :)

HELLO !




Gratisan Musik
Picture Window theme. Powered by Blogger.
Copyright© All Rights Reserved kamibudakbaharubelajar.blogspot.com